Friday, December 30, 2011

runAway~


lame gile tak menjengah blog ni
dah berhabuk sgt! xtaw la nk story apa
mcm da kureng bminat nak menaip dlm ni

tapi
tAkpelah, sementara tak buat apa apa
sementara internet tgh laju
"pkai broadband"
skrg wifi streamyx kat uma
mmg la laju
ehheheh

so..
nak story apa eh?

alkisah..
saya telah melarikan diri, menyembunyikan diri
mendiamkan diri, selama 1bulan
kemana?
saya namakan tempat to 'dreamland'
dan berhajat untuk tidak pulang lagi
nak terus menetap kat 'dreamland' to tapi atas sebab tertentu
saya terpaksa pulang ke T'ganu

selama disana
saya temui kedamaian, ketenangan
rakan baru -pernah jumpa tapi tak pernah berkenalan-
impian saya untuk memiliki sebuah rumah
rumah impian di tanah 'dreamland'

crita pasal rakan baru
sebenarnya kami pernah berjumpa
tapi blom berkesempatan untuk berkenalan
ada juga yg baru berjumpa dan berkenalan
alhamdulillah
mereka semua baik, sporting dan yg penting
sgt happy go-lucky!
suka buat lawak, mcm kt dunia ni tade apa yg serius
tade apa yg perlu dirisaukan
terima kaseh kerana sudi menerima saya yg kekurangan ini
terima kaseh kerana selalu buat sy tersenyum
yg penting buat saya ketawa yg tak henti-henti

diorg bawa saya jalan-jalan
kenal tempat-tempat
kat sana
tapi
yang paling best bila diorg bawa pergi try makanan
"lokchin" maybe benda ni da lame cume saya ni je yg xtaw
sedap! macam-macam jenis ada
yang paling best p makan steamboat!
memang xpercayalah
kenapa?
sebab saya makan banyak gila,
tak pernah pulak makan byk mcm to
mungkin seronok dapat makan ramai-ramai kot
yelah, kalo kat uma selalu je makan sensorang!
sadisnya..hahahahha
semua ayat nak "yg paling best"
alaaaaa..memang best pon.. hehehhe
terima kaseh
nanti saya pulang kesana balik ye
tunggu saya!ehhehehe
byk lagi nak crita pasal kat sana tp sy da ngantok pulak
tunggu episode seterusnya pasal trip pOket kosong
hahahahha



p/s : nak tido da..esok kena bangun awal..

Monday, December 19, 2011

ini luahan hati...

assalamualaikum..

dah lama tak mengupdate blog ni, penuh habuk habuk dan sesawang lelabah. arini tetiba rasa nak update pulak. itu pon pasal luahan hati. korang boleh leave this page kalo tak nak bace pon. tak kesah! ^_^


semalam kua dinner dgn 'baby muncet', agak lama jugak dia tak ajak kua sbb slalu saya yg ajak. tak kesahlah, yg penting dpt jmpa dia.
dia baru je balik dari sg.sungkai, join geng2 kayak pegi rafting kt situ. terubat rindu bila dia ajak kua dinner.

dinner semalam sgt seronok, jarang dia bercerita kalo kami kua berdua. gembira bila dia seronok bercerita pengalaman dan aktiviti kat sana. ceria je keadaan kami.
dengar dia ketawa dan bercerita lihat dia senyum. tapi to semua sekejap je!
dalam perjalanan pulang ada 1 nombor tak dikenali call saya.

saya jawab dgn tanda tanya. dia tanya siapa saya, sedangkan dia yg call. tanya saya kenal tak orang perlis. mmg lah ade je yg saya kenal kt sana. bila saya tanya dia to siapa, taknak gtahu pulak. saya ingatkan kawan2 yg nak permainkan saya. mls melayan panggilan to terus saya letak. dan call 2,3x saya tak layan jugak.
akhirnya dia call guna no.hfon, baby muncet terus rampas h.fon dan m'jawab panggilan to.

rupanya, kwn saya dari perlis yg pernah call saya to gunakan no.pejabat. dan bil melambung disebabkan membuat panggilan terlalu lama.
manalah saya tahu kwn saya menggunakan no.pejabat tmpt dia bekerja. dia call pun atas sbb ingin bertanya pasal game Monsoon Cup baru baru ni. ye lah, 1st tyme nak pegi game to. dtg pon dari jauh, sponsor pon takde. pegi game dgn duet sndiri, banyak lah hal yg perlu ditanya dan amek tahu.

penginapan, transport, jadual game dan mcm2 lagi lah. ade jugak bersembang isu isu sukan. memang lah melarat-larat kalo dah sembang pasal sukan. so, orang yg call saya to rupanya orang pejabat kwn saya to. dia nak tahu siapa yg buat panggilan yg lama sampai bil melambung dan nak tuntut kerugian.

baby muncet dah berubah mood lepas bcakap dgn org yg call to. saya tahu dia marah dgn siapa saya bercakap lama-lama. dia sendiri kenal orang to, sama-sama budak sukan. dah nak kawen pon kawan saya to. marah lah nak marah, apa salah saya? salah saya sbb menjawab panggilan dari kawan saya to? salah saya sbb bersembang dgn orang lama2?
tak pe lah, marah lah! saya tahu saya tak salah. dia sendiri taknak dengar penjelasan saya. buat andaian sendiri~


selalu begini pengakhiran hari kami yg ceria pasti bertukar dgn ketegangan! tak pe lah! tabahlah wahai hati. yg pasti dugaan yg lebih besar akan menyusul~


p/s : PERINGATN BUAT YG BEKERJA! JGN GUNA NO.PEJABAT UTK KEGUNAAN SENDIRI!!

p/s : saya setia bersama awak! takde siapa yg boleh gantikan awak.

Monday, November 14, 2011

ini makan die...


assalamualaikum..


post arini berkisar tntang aura Sukan Sea 2011, Jakarta/Palembang
sejak keberangkatan Skuad Kanu negara, saya jadi tak senang duduk
sepatotnye tersenarai dlm skuad ttapi ats sbb2 yg tak dielakkan sy redha
tapi itu tak sedikit pun melemahkan dan menjatuhkan semangat saya utk terus menyokong sukan ini


sejak hari ptama keberangkatan mereka
wall di FB saya dan peminat/p'giat malah atlet2 kanu di M'sia
penuh dgn kata2 semangat dan doa utk mengiringi Skuad Kanu yg akan bertanding
sampaikan yg tak mesra sblom ini lebih mesra dan btambah rapat
inilah aura yg dpt kami cipta sepanjang berlangsungnya Sukan Sea
2011


13-11-11
acara terakhir bagi sukan kanu 200m (Men : K1 & K2) (Women : K1, K2 & K4)
Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah~
Skuad Kanu negara telah berjaya memecah kebuntuan pingat selama 14tahun dgn memenangi GANGSA acara Men K2 200m untuk Malaysia
Jutaan tahniah dan terima kasih utk atlet2/jurulatih dan pegawai yg telah bpenat lelah dan gigih demi mencapai kejayaan ini utk kami warga
Kanu Malaysia!
demi menaikkan kembali dan memartabatkan Sukan Kanu Malaysia
tetapi saya agak kecewa dgn tuan rumah, Indonesia kerana tidak mempertandingkan acara men K4 200m
yg mungkin akan mbuahkan pingat slain acara men K2 200


arini, usai membaca catatan " My trip SEAgames 2011:part 3" dr En.Md Amin
semangat ku berkobar2 utk muncul kembali dlm arena itu
sekiranya berpeluang utk memerah keringat utk Sukan Sea Myanmar 2013 nnti utk memartabatkan Sukan Kanu Malaysia
andai bukan rezeki ku lagi, saya sanggup mengeluarkan duet sendiri utk menyaksikan dan menyokong Skuad Kanu secara LIVE di Myanmar
saya, kak Diana, kak ina, kak nanie dan beberapa lg atlet yg laen
menyatakan keinginan yg sama utk bersama2 menyokong dan membuat liputan yg lebih cepat dan telus.. heheheh.. " agak berangan sket part ni " tp ini bukan angan2 biasa
ini angan2 yg mungkin akan jd kenyataan! kerana SEMANGAT utk Sukan Kanu


pada malam ini Skuad Kanu negara akan berangkat pulang pada 6p.m waktu Malaysia
tak sabar nak menunggu buah hati saya, kangen bangat seyh! hahahha
katanya ada membelikan souvenir, ntah apelah yg dibelikan pakcik to
saya ade request maskot SEAgames jugak, disebabkan terpengaruh dgn k.diana lah ni
k.diana request kt abg.mdnoh, saya pon mestilah request jugak kt buah hati saya
hahahha..ntah dpt or tak ntah..haiish~


last but not least.. Congrats to all canoe's contingent for this unforgettable memory of 2011!
SEAGAMES Myanmar 2013! wait for us~
we'll try to grab a GOLD medal for MALAYSIA..



p/s : part yg mlibatkan buah hati to abaikan..ahhahaha..
rindu lettewww~

p/s : saya makin bersemangat utk menaikkan Sukan Kanu Malaysia!!



Saturday, November 12, 2011

jgn pandang sebelah mata



assalamualaikum..


dah seminggu tak meng'update' blog ni
apakan daya, kesibukan yg melanda + kemalasan membantutkan segalanya
hari ni cukup 5 hari DIA ke Jakarta bersama skuad Sukan Sea
agak kecewa jugak la bila takde berita bila dah sampai disana
akhirnya terubat sket rase rindu bila DIA menghubungi


11-11-11 tarikh yg sgt cantek untuk sesuatu permulaan dan suatu perubahan
tarikh yang akan berlangsungnya acara dan sukan kanu merupakan acara pertama yang menawarkan pingat
pingat emas pertama untuk negara-negara yang menyertai kejohanan tersebut


tetapi apakan daya, kekuatan dan kemampuan atlet2 kita
masih belum setanding dgn kuasa besar Southeast Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Myanmar dan Filipina
ternyata mereka lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan ini
bagi kategori lelaki Thailand mengungguli kesemua acara (K1,K2,K4) 1000m
ternyata atlet2 Thailand mendominasi acara tersebut
jurulatih lelaki negara, Sham Husin dlm petikan Sinar Harian berkata

" atlet yg beraksi di Sukan Sea kali ini adalah pelapis yg beraksi buat pertama kalinya melainkan Mohd Noh & Hamdan yg menyertai pada 2007, di Korat. "


Men K2 1000m


" penyertaan di Indonesia ini sbg pendedahan awal kerana mensasarkan mereka utk beraksi di Sukan Sea Myanmar 2013 "


harini berlangsungnya acara 500m kategori wanita
namun seperti nasib atlet lelaki, atlet wanita juga tidak berjaya memenangi apa2 pingat utk Malaysia
bagi kategori wanita tiada dominasi oleh satu2 negara
bagi acara K1 emas menjadi
milik Singapura
acara K2 emas dimiliki oleh Vietnam
dan K4 emas menjadi milik tuan rumah, Indonesia


ternyata tuan rumah, Indonesia begitu licik mengatur langkah untuk menyekat kemampuan negara lain dgn tidak mempertandingkan acara 500m lelaki dan 1000m wanita
kelicikan tuan rumah juga terserlah dgn tidak mempertandingkan acara K4 200m lelaki
adakah kerana Indonesia tidak yakin dgn kemampuan atlet2 mereka?
inilah permainan licik yg dijana oleh tuan rumah untuk mengungguli tempat teratas Sukan Sea ke-26

13-11-11 tarikh akhir sukan kanu dipertandingkan
acara 200m lelaki (K1 & K2 shj) manakala wanita (K1, K2 & K4)
apakah esok atlet2 kita akan memecahkan dinding penghalang dgn menghadiahkan pingat kepada Malaysia?
sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka disana supaya sukan kanu tidak lagi dipandang sebelah mata. AMIN~




p/s : dah boleh minta keje dgn Astro/TV3 dah ni.. ahahhaha

p/s : sebenarnya terkilan dgn sesetengah wartawan yg mengolah tentang sukan kanu, oleh kerana tidak berjaya meraih sebarang pingat ulasan/tajuk yg ditulis sgt mengecilkan hati kami penggiat/atlet sukan kanu itu sendiri..


Sunday, November 6, 2011

kepadaMu..




assalamualaikum...



saat ni terasa macam aku mahu pergi dari dunia ni
pergi meninggalkan apa yg ada di dunia, aku letih hadapi kehidupan ini
aku tak mampu untuk bertahan lagi, hanya air mata yg menemani

aku tahu dugaan ini sebagai balasan dari Mu ya Allah
aku hamba Mu yg hina, yg lupa asal usulku, yg lupa pada Mu
yg selalu mengingkari larangan Mu, imanku senipis angin
yg tak tahan godaan hawa nafsu, yg tak mampu menepis bisikan2 yg menyesatkan


Ya ALLAH! sesungguhnya, aku memohon petunjuk dari Mu
memohon perlindungan dari MU, ku mohon Kau tebalkan imanku
Kau jadikanlah aku hamba Mu yg sentiasa mencintai dan mengingatiMu
ku mohon supaya diriku kuat untuk menepis godaan dan bisikan yg menyesatkan dan yg Kau murkai


ku mohon pada Mu, ya Allah!
aku mahu menjadi hamba Mu yg sentiasa diredhai oleh Mu
sesungguhnya Kau maha mengetahui, maha penyayang dan maha Kuasa
Kau jauhkanlah aku dari perkara2 yg Kau murkai
jika dugaan yg Kau berikan kepada ku sebagai penghapus dosaku
aku redha ya Allah.

Ya Allah! aku mohon, kau lindungilah hubunganku dan 'dia' dari bisikan dan godaan yg boleh menyesatkan dan dari Kau murkai
sesungguhnya aku memohon supaya hubungan ku dan 'dia' dgn keredhaan Mu , ya Allah!
kukuhkanlah hubungan kami dijalan yg Kau redhai
Kau bukalah pintu hati kami utk bertemu di pintu kebahagiaan yg suci
bukan sekadar hubungan yg hanya dibibir dan dimata tapi biarlah dihati sebagai tiang yg mendirikan rumah Mu
ku tak mahu lagi berada di dalam kehidupan yg penuh dgn dosa
sesungguhnya ya Allah! aku memohon supaya Kau jadikanlah hamba Mu ini seorang yg berada lurus di garisan yg tetapkan olehMu


ku mengharapkan petunjuk dan hidayah dariMu...

Monday, October 31, 2011

PANAS!!




assalamualaikum...




sebenarnya post ni dari email saya
gambar gambar pon tahun 2009
tapi tak kesahlah yg penting kita kongsi ilmu/berita
untuk pengajaran dan renungan bersama


pity KOALA

at 120 degrees in Australia,
it was so hot for a week that Koalas were asking people for water

It's never been seen before







one went to a house try to hide from the heat and to get a bit of shade
and here's what happened when the owner gave him something to drink





" until one has loved an animal, part of their soul remains unawakened "



p/s : kalo lah dapat bawa balik seekor kat M'sia ni.. hehehe



Thursday, October 27, 2011

best 22 crew! ^_^




assalamualaikum..



lame dah tak update blog ni
kemalasan melanda + keseboka
n (seboklah sgt)
hujung minggu lepas join PD
RM dragonboat team
22 crew, internationa
l. Alhamdulillah dpt tmpt ke-2
1st tyme kayuh perahu mmg
semput gilak!
mane tak
nye, training pon tak
peerrggh..mmg hangus habes lah muke
skrg dlm proses pengelupasan, da mcm hape dh muke ni




bdk2 pompuan ganu join PDRM dragonboat team
bdk laki 3,4 org plak join DBKKL dragonboat team
bila dh xduk dlm team yg same, keje duk
kutuk mngutuk la
tp dlm team yg same pon, kutuk mngutuk to da jd tabiat
hehehe.. macam macam perangai diorang ni


yang paling tak tahan, kami bawa virus boye & biawak tyme game aritu
bukan virus ape, sejenis permainan tgn kanan ats boye
tgn kiri bawah biawak, sape salah sebut tgn k
iri to boye dia kne kua
agak menyeronokkan la men b4 race final, pengubat hati yg tengah
berdebar
mana tak nye lwn dgn S'pore, Filipina, Canada (lupe sweeden/canada)
kami satu2 nye team dr M'sia yg ke final


tgh maen bOye-biawak



pape pon tanx to PDRM team yg sudi ajak kami utk join team kamu
BIG TANX to k.yanie yg kasi tumpang kat umah
s
orry taw sbb semak + sepahkan rumah to..
heheh
tanx jugak kat akak akak yg sporting +
best habes











p/s : kalo sudi jemputlah lagi..hehe
seronok walaupun hangus terbakar...

Monday, October 17, 2011

quotes...



assalamualaikum...


arini takde keje lagi
so, ni quotes utk korang



" a person who loves you doesn't leave you hanging, he'll find way's to be with you "



" Things will get worse before they get better. But when they do, remember who put you down and who helped you up. "



" once I love someone, even after I move on, it will always hurt me to see them with someone else "



" I'd rather have a life full of mistakes than a heart full of regrets. "



" I'm currently making a few changes in my life, if you don't hear from me..then you're the one of them "



" I'd rather be in a relationship that's crazy, unpredictable & not exactly perfect because that way, we'll never get bored. "



" Some people are not afraid to do something wrong, what they fear is to be caught doing wrong. "



" When my heart starts functioning for someone, sometimes my brain starts malfunctioning too much. "



" You may hold my hand for a while, but you hold my heart forever. "





p/s : stakat ni je lah dulu..ntah sape la dtg btenggek kt opis ni..
anak tokey ke? haiisshh~ baru berhajat nk melelapkan mata sebentar..

Thursday, October 13, 2011

endless...





assalamualaikum..



arini tetiba saya sakit kepala memikirkan hal sekeliling saya
saya penat, letih,

sakit, kecewa dgn semua to
tapi itulah kehidupan yg perlu kita hadapi sebagai hamba Allah di muka bumi ni
ramai ada menyatakan " jika hidup kita tiada masalah, itu bukan hidupan"


" dalam hidup ni, kdg2 kita tak sedar. kita dah terambil yg bukan hak kita. dan kita bangga2kan apa yg kita dapat, bergembira dgn apa yg kita dah terambil yg sepatotnya jadi milik orang lain, sampai kita terlupa yg kita sebenarnya tak berada di situasi to utk mendapatkannya tetapi menjadi milik kita diatas kesalahfahaman dan kesulitan yg dihadapi orang itu. "




" apakah jenis kehidupan,jika kita terpaksa menutup mata,memekakkan telinga, membutakan hati jika seseorang yg kita sayang akan terluka lebih parah jika hidup dalam suatu penipuan yg tidak diketahuinya? "



" perlukah kita mengganggu suatu hubungan dan menyebabkan hubungan itu berlaku kekacauan, salahfaham. tapi itu realiti skrg, tidak pernah senang dgn kegembiraan org lain "





p/s : jgn ggu hubungan org lain utk kesenangan dan kegembiraan diri sendiri.



Tuesday, October 11, 2011

ketarakah?




assalamualaikum..



malam ni melayani permintaan adekku yg bongsu
keluar jalan jalan + shisha tapi
nampaknya langkah kaki kiri adekku itu
shisha close for 2days, owner balik Kedah
Oh! kita sama kampung. hehe ^_^


kebelakangan ni ramai yg menegur
hmm..sebenarnya saya pon ada terfikir
disebabkan ramai yg menegur, KURUSnya kamu!
errk~ kurus sgt ke?
KETARAKAH?
sebelum ni saya berusaha untuk menurunkan berat badan
saya mahu berat bwh 45kg, cukuplah kalo boleh turun ke 45kg to
tapi usaha to mcm sia2 je, nk 46kg pon agak susah
tapi kini berat saya 40/41/42kg
sebenarnya saya pon agak terkejut tapi to lah hakikatnya
apakah punca sebenarnya? saya pon tak tahu~
apakah kerana saya mengalami kemurungan?
apakah kerana saya mengalami stress yg teramat?
saya pon tak tahu apa jadi dgn diri saya
sukar merasa lapar, kadang kadang minum air sudah memadai


sepupu saya de ckp "kamu ni mcm kearah ANOREXIA je!"
ada jugak sepupu saya terkejut tgk saya kata "kurus mcm penageh dadah"
sampainya hati mu mengatakanku sebegitu rupa! heheh
sebenarnya saya tak kesah, kuruskah atau gemokkah saya!
saya adalah saya~
tak semua perkara yg terjadi dlm hidup kita boleh dikongsi




p/s : i wish you were here~

Monday, October 10, 2011

falling tears~







you are breathing, you are living
in my heart
heart is beating
you are walking
in my heart
from the day you came to me, was longing
you are calling me
tears are falling
my heart is hurting, hurting because of you
on the day that I miss you
on the day that I miss you this much
tears are falling again because I want to see you
I choked on my tears, I swallowed the words
that I LOVE YOU
I send those words to the wind, I send them far away
the words that I want to see you
the words I could not stay
they become a long sigh
so they flow in my heart
tears are falling again
painful tears are falling
my heart is hurting, hurt because of you
on the day that I miss you
on the day that I miss you this much
tears are falling again because I want to see you
tears are falling again
you are falling
filled in my heart, filled in my heart with you
it becomes painful tears and longing tears
you are living in my heart like that
tears are falling again
painful tears are falling again
because I LOVE YOU, because they are tears of LOVE
even you are by my side, like this
I LOVE YOU!




p/s : I LOVE YOU! cintahati

Sunday, October 9, 2011

49days..



Can't Let Go Of You


words are not coming out being choked up

staring at the sky for a long while crying

trying to forget, please forget

alone..

i am telling myself to stop

feeling hurt

feeling frustrated

i tell my self there is no more love for me

it's time to forget, please forget

i make a promise to myself but you remain in my heart

nothing will happen even when you forget me

it will be okay in a few days

crying and laughing for a while, then falls asleep

i turn on the phone , then turn it off again

like a fool, just a fool

it's been a couple of days like this

i think i will go crazy from missing you

i just want to forget

i think i will go crazy

just too difficult, so very difficult

tears filling my eyes, obstructing the view

your figure is in a blur now

i haven't sleep quite some time now

trying not to think of you but you are back in my thoughts

it will be alright

just more few days, then i will forget

like my ice, my heart will melt

i even try to forget

why do i think it will be hard to stop

like a fool, just like a fool i try to forget

i believe you will come back to me






p/s : sedeyh gila bila lagu ni kua~

berkongsi...

assalamualaikum....



entry kali ni entry luahan perasaan
anda boleh tekan (X) atas belah kanan



kadang kadang hidup ada suka ada duka

kita hidup didunia bukan keseorangan, bukan berdua tetapi berjuta-juta manusia

kadang kadang kita kena sedar hakikat hidup ni adalah suatu perkongsian

tapi kita kenalah adil jika hidup kita ni berkongsi atau dikongsi

mcm kawen lelaki dibolehkan kawen 4 tapi kenalah adil dan jujur


tapi itulah, manusia kan tak sempurna

saya sedang berkongsi kasih, perhatian, masa dgn lebih dari 4 org

yelah, dah tugas dan tanggungjawab dia
kadang kadang saya rasa tak adil bagi saya jika dia sentiasa bersama mereka
makan minum, tgk tv, bergurau senda setiap hari
luangkan masa bersama-sama, segala masalah dikongsi bersama

kadang kadang saya mcm org asing bila bersama dia & mereka

masa utk saya hanyalah di dlm phone -msg/call-

tapi kadang kadang tidak berhubung langsung, tabahlah wahai hati =')




tommy car at Zhuhai, China


saya pun mahukan kamu sentiasa bersama saya
makan minum, bergurau senda, luangkan masa melakukan aktiviti bersama

tak perlu setiap hari tapi memadai lah jika suatu masa hanya kita berdua

saya mahu pinjam bahu kamu saat saya menangis dan bersedih

berkongsi rasa antara kita

kadang kadang saya hanya mampu senyum utk menutup segala kepahitan

tabahkan hati tenangkan jiwa jika berduka keseorangan



tapi takpe lah andai itu takdirnya saya terima, terima kamu seadanya



p/s : i wish you'll spend time with me
in happy or sad time..i need you~ ='(




Saturday, October 8, 2011

8 perkara Oktober~

assalamualaikum..


sepanjang ari ni keje saya asek tido je
tak tahu knapa, mcm termakan obat tido!
bangun pagi pastu sambong tido, tgh hari sambung tido dan ptg pon tido jugak
tadi pon tido jugak sbelom mengadap belog ni...haiisshh~

pape lah, so. 8 perkara Oktober!
kenapakah? oh, gosh~
to semua tentang saya pada permulaan Oktober ni


Oh! Oktober
-saya tak boleh bangun lewat-
-kena fikir baju apa nak pakai nak pegi keja esoknya-
-takde pakaian yg sesuai & simple sbb byk pakaian sukan-
-tak boleh mandi lama2 nanti lewat sampai opis-
-terasa cepat lapar sbb bosan sgt kat opis-
-rasa mcm kerdil sbb takde 'communication skill'-
-bila kat opis, tgk muvee 5 episod pon lama gila lg nak balik-
-terasa hari berlalu dgn lambat-


p/s : kasi keje masokkan data insurans/buat insurans. hari hari pon takpe
mood : bosan bila takde keje.

kesayangan

assalamualaikum..



arini saya telah menghabiskan sepetang berada di 'PKNT'

Persatuan Kanu Negeri Terengganu

ntah kenapa saya rasa tenang berada kat sana

saya rasa macam macam perasaan bila kat situ

ada seronok, gembira, sedih, takut, marah, kecik hati

tapi tempat itulah yang sentiasa dihati saya

walaupun takde apa yg dilakukan kat sana

saya still lagi nak pegi sana, apakah keistimewaanya?


mungkin dengan suasana riuh penghuni club

adek2 dan abg2 yg sentiasa ceria tapi ada jugak yg menakotkan

adek2? ya, mereka yg dulu 1team sukma 2010. the best memory ever ^__^

kalo ikotkan mereka adalah senior, sebab mereka lebih awal dlm bidang ni

tapi tak kesahlah saya tetap menganggap adek2 saya

tak kira macam mana pun layanan kamu semua kat saya

tak kira apa pun perasaan kamu semua kat saya

SAYA SAYANG KAMU SEMUA!

saya suka bila tgk kamu semua happy

penuh gelak ketawa, gurau senda, usik mengusik

walaupun kadang2 kamu sungguh annoying..haiissh~

tapi tak kesahlah, yang penting kamu semua gembira

maaf kalo saya ada buat kamu semua sedih, sakit hati, kecewa

saya hanya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan



p/s : i MISS all the moment with all of you.
the laughter, the sweetness, the jokes

even the tears, painful, disappointment moment

YOU all are the BEST things i ever have

Friday, October 7, 2011

its all about our attitude







assalamualaikum..


okeh! kali ni post pasal attitude orang2 kita
video kat atas ni agak menarek jugak utk dikongsikan bersama2
kebelakangan ni mutu permainan bola sepak di negara kita agak memberangsangkan
dari situ kita boleh tgk attitude orang2 kita mcm mna
ada yg support tapi bila kalah je kutuk gila2
haiissh~ikhlas ke tak korang ni sebenarnye?




p/s : okeh la korang pk la <---mood mls nk taip pjg2..hahahha

Wednesday, October 5, 2011

saat itu




bilakah semua akan berakhir
bilakah kita akan bersama menuai cinta
bilakah hari-hari indah akan menjelma
bilakah kita akan berkongsi rasa

aku penat menabur baja kasih sayang sendirian
aku penat menggembur tanah rindu keseorangan
aku penat meracuni perosak cinta sendirian malah keseorangan

apakah ertinya kasih sayang tanpa balasan
apakah maksudnya rindu tanpa dirindui
apakah maknanya cinta andai tidak dicintai

disaat kau jatuh dan bangun aku bersama
disaat kau menangis serta ketawa aku disisi
disaat kau sakit dan sihat aku merasai

sampai bila mahu biarkan aku begini
ku mahu tahu isi hatimu
adakah diriku didalam dirimu
adakah wajahku didalam fikiranmu
adakah cintaku didalam hatimu

cintakah kau pada diriku
sayangkah kau pada diriku
rindukah kau pada diriku

aku mahukan cintamu tanpa sempadan
aku mahu rindumu sentiasa berteman
aku mahukan kasih sayangmu wahai kasihku

tunjukkanlah rasa apa yg kau rasa
persembahkan perasaanmu untuk ku tahu
jangan biarkan diriku tertanya-tanya
apakah nilainya diriku dalam hatimu




p/s : i MISS you, really really MISS you. ='(
i don't texting because i'm waiting for you to text me

i don't calling you because i'm waiting you to call me

even i don't make a missed call because i'm waiting you to MISS me..

Tuesday, October 4, 2011

lepaskan aku





Mulai saat ini...
Aku kan ubah pendirian,

Walau ramai akhir sendirian,


Jangan difikir pasal aku...

Teruskan saja dengan hidupmu
...
Maki hamun deras sudah tentu
...

Pasangan tak sentiasa indah...

Mesti ada perang yang kau redah
...
Aku wakil hati takkan rebah
...

Ku tak mahu beterus terang...

Risaukan kemuncak amarah ku
...
Maki hamun deras sudah tentu...


Lepaskan aku
...
Lupakan aku
...
Aku hanya ingin sendirian
...
Tak pernah ku rasakan
...
Atas nama tekanan
...
Tak pernah ku rasakan...

Atas nama tekanan...



kredit to : matluthfi90
p/s : video kamu terbaek! HAHA

Monday, October 3, 2011

myfirst~


assalamualaikum..


setelah lama menggoyang kaki kat umah
akhirnya terdampar disini...hahaha
agak kelakar sebab ni lah first tyme saya bekerja
aduhai..cuak jugak bila nak pegi opis
sorang pulak to, ada geng takpe lah jugak

keje sbg kerani je tapi oke lah dari duk umah goyang kaki
tapi sebenarnya kat opis ni mcm goyang kaki jugak
mcm takde keje sgt kot
just tunggu orang dtg buat insurans/renew insurans
tunggu orang dtg tgk2 kete or deal kete
keje saya mcm jaga opis ni je la

tapi ni 1st day keje
tak taw la tetiba esok dan seterusnya, keje bagai nak gila
mana taw tetiba dtg ramai org nak buat insurans/ renew insurans
alhamdulillah, rezeki tempat saya keje
disebabkan keseorangan kat opis
ni lah keje yg bakal saya buat setiap hari kot
meng'update belog yg dah berdebu ni






oke lah, xtaw nak tulis ape
p/s: harap-harap de la org dtg kat opis ni..hahaha

Monday, September 26, 2011




Assalamualaikum...


maken hari maken takde mood nak update blog
sian kat kamu wahai belog ku
neway post ni just copypaste je..
Bila kita syg org tu,
Kita tnggu dia lame pn xpe,
Tp bila dia tnggu kita??dia mrh2...
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu & ditnggu...

Bila kita syg org tu,
Kita x tdo pn x pe layan dia yg tgh b0san,
Tp bila kita bosan,ada dia layan kita??
Hati kata,x pe dia busy kott!!

Bila kita syg org tu,
Kita gad0h dgn dia, kita diam ja...
Tp dia heboh 1 dunia...
Hati kata xpe,dia tension tu...

Bila kita syg org tu...
Kita call nak ckp ngan dia...
Tp dia bg phone kat org len atau matikan...
Bila jd cm2,x pe...
Hati kata, xpe...layan je, kawan dia, kawan kita gak...

Bila kita syg org tu...
Kita b’cerita dgn dia, cerita dgn
tunggul lg baik...

Tp bila dia bercerita ngan kita???
Kita dgr, sepatah2 kita kena ingat...
klu x ingat kita yang kena marah
Hati kata xpe syg katakan…

Bila kita syg org tu,
Kita & dia lapar...
Tp kita bg sume roti kita kat dia...
Hati kata, ala jaga lah ati dia, sian dia…

Bila kita syg org tu,
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia b0san...
Adil ker??hati kata, ala bukan selalu pun...

Bila kita syg org tu,
Kita jadi cam org gila dengar dia sakit,
Tp bila kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit dgn kita 24 jam...

Bila kita syg org tu,
Kita xpernah pentingkan diri sndri,
Tp dia hipokrit tahap gaban..
Hati kata xpe, dia mmg cm2 kene lah terima...

Bila kita syg org tue,
Kita syg nk tngglkn dia selama2nya,
Tp dia x tahu kita berdepan dgn maut,
Wlaupun kita skt, dia kata kat kita, sakit bese2 jer, jgn nak mengarut...
Hati kata, camnelah dia bila kita xde, mesti dia hepi...

Bila kita syg org tu,
Kita xsanggup tengok dia derita,
Tp dia x prnh hargai diri kita,
Hati kata, tau x btapa kita syg kan dia??

Bila kita syg org to,
Kita snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bahagia...
Tp adakah dia tahu pengorbanan kita??
Hati kata, xpe, janji dia bhgia...

Dan...
Bila kita dah tinggalkan dia selama2nya...
Dia dtg ziarah pusara kita...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mengata kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bosan...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn call kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia...
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rehat kita...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kita...
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tengok p’deritaan kita...

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....

HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG...

dua dua muka macam hape! HAHA

Friday, September 16, 2011

testing..testing

assalamualaikum...


arini da 3hari saya memulakan balik aktiviti sehat saya.. yAy! hohoho
cukup 3hari saya jogging, hampir 2bulan lebih tulang temulang saya ni tak bergerak aktif
berat saya ntah kenapa turun mendadak beberapa bulan lalu "41kg" je skrg
bulan puasa amat terasa kelainannya sbb saya tak boleh bergerak aktif
saya cepat pening & mual.. kawan cakap sbb tekanan darah rendah
yeke? ntah la saya pon tak tahu.. hahaha

okeh Okeh bukan cite pasal berat ke hape
Selasa lepas punyalah takda keja, saya ajaklah 2 org kawan ni pegi test DSLR saya ni
kunun kunun jadi model sayalah.. eehehehe
disebabkan tak ready, maen bantai je pakai pape..
tapi xreti lagi, macam hape ntah gambar gambar yg saya amek
so ... enjoy your view











p/s : tanx to Aina(angoh) & Suria sbb sudi luangkan masa..ehehhe