Monday, August 6, 2012

dia~

salam..


arini kesihatan kurang memberangsangkan..
kepala saket, hidung pulak berair!
pedihnye hidung ni...



macam biasa, sy maseh tidak tahu bagai mana mahu memulakan setiap entry..


.............................


*penggunaan "aku"


setelah sekian lama..
arini dia telah meluahkan segala..
meluahkan segala apa yg dibuat sebenarnya bodoh
kerana sayangkan aku dia sanggup menggunakan wang simpanan keluarganya dan meminjam dr kawannya utk berbelanja ketika keluar bersama aku..*kini~

semasa dia dan aku baru berkawan, dia yg selalu keluarkan belanja bila kami berjumpa.
ketika itu kami bukan berbelanja seperti org lain,
kami sering makan diluar. fastfood mmg pilihan kami.
ketika mula2 keluar dgn dia, kewangannya masih stabil.
arwah ayahnya masih ada dan dia belum perlu menjaga keperluan keluarganya lagi.
dan dia juga telah dihadiahkan ganjaran kerana kemenangan di Sukma Terengganu.

selepas 1tahun berlalu, ganjaran yg diterimanya sudah berkurang.
malah aku tidak tahu samada wang ganjarannya itu sudah habis.
hanya dia saja yg tahu.
ketika itu, bila kami keluar. dia ada menyatakan yg aku perlu belanjanya pula.
aku tidak kisah kerana itu adalah satu keadilan malah, bukan satu kesalahan pun.
masa berlalu dgn cepat..
kini hubungan kami sudah hampir melangkah 5tahun bila tiba 2013.
byk yg berlaku dlm masa 4tahun ni..
pergaduhan, perselisihan, kerinduan dan macam2 lagi.
sehingga satu tahap aku dan dia tidak dpt berjumpa/kontek kerana sering bergaduh.
aku dan dia mungkin xdpt meneruskan hubungan ini, sehingga aku membawa diri jauh dari dia dan keluargaku sendiri.
setelah diam dan berada jauh hampir sebulan barulah dia menyatakan, tidak tenang bila aku tiada..
pada mulanya aku susah utk terimanya kembali kerana takut dikecewakan lg.
setelah sekian lama, perlahan-lahan aku terimanya kembali.


tapi, disaat aku menaip ini.. aku dan dia tidak bertegur sapa seperti biasa.
aku sendiri tidak tahu apa masalahnya, kerana dia susah utk bercerita dgn aku tp dgn org laen dia selesa.
kdg2 sikapnya itu buat aku terkilan dan kecewa kerana lebih suka memendam rasa tanpa meluahkan ape yg tersirat..

harini dia meluahkan didalam blognya.. blog yg baru dibuat setelah 2buah blog yg ditinggalkan.
sebenarnya aku tidak mengikuti blog barunya dan mungkin dia juga tidak mengikuti blog aku juga.
tetapi aku telah membuka blog dia setelah status di FBnya..
setelah membaca luahan di blognya, aku terasa kecewa apa yg diluahkan..
berdasarkan apa yg ditulis seolah2 dia rasa apa yg dibuat dan tindakannya utk aku adalah perkara sia2 dan bodoh.


memang! aku rasa selama bersamanya, aku byk membebankan dia..
aku lebih suka dia jujur apa adanya! aku tak suka dia tipu apa yg dia tak mampu lakukan utk aku! dan aku tidak akan meminta2 jika bukan kemampuannya walaupun kdg2 aku menginginkan sesuatu..
kehidupan aku bukanlah  bermewah2, cuma sederhana saja..
bukan berada bukan harta melimpah ruah..
aku mampu utk berdikari sendiri, mencari wang saku sendiri utk keperluan aku..
aku sanggup bermandi hujan, berjemur panas kerana mahu berusaha mencari kepuasan dan tidak bergantung pada ibubapa ku!

dia ditawarkan menjadi jurulatih wanita (kontrak 1tahun) pada 2011/2012..

aku bukan ingin memburukkan sesiapa, tp selepas/semasa mungkin* dia membawa atlet wanita itu.. dia seolah2 lupa diri..
dan aku sering melihat dia berbelanja sesuka hatinya..
ya! aku tahu aku xde hak utk menghalang ape yg diingininya..
tp itu yg membawa padah padanya sendiri!
aku tak suka dia keluar dgn bdk2 to, bukan kerana apa..
kerana dia berbelanja sesuka hatinya! seolah2 berlawan dgn mereka..siapa punya lebih menarik dan bergaya!
apa yg ditulis di blognya harini seolah2 menyalahkan aku sepenuhnya! sedih.sedih dan sgt terkilan..

entry ni akan bersambung nanti..
*saket kepala menjadi-jadi!

Thursday, June 28, 2012

oh~ perut!



Assalamualaikum..
wah! entry lagi? hehehe..
Actually, nak lepas geram! eeeeeiiii...
hahaha..geram kat connection internet kat umah ni..
ntah pape ntah.. signal strength EXCELLENT! tp no internet acces!
hadoyai..tgh wat custom t-shirt utk game kt Pahang nnti tetiba putus plak internet..dah la wat online, xleh nak save!
memang saket hati..
last-last, gi dapor isi perut yg bergendang hebat!

pk pe nak mkn..bukak kabinet nampak macaroni!
Yay! errr..tp malas nk goreng pe bagai..
teringat kat Chili tuna yg blum guna mase g Xpdc Kenyir..

dengan teknik malas dan senang..haahah
just rebus macaroni, dah siap tarok dlm mangkok pastu tuang Chili tuna kat atas! yAy~ dah boleh mkn..
lupe pulak yg Chili tuna to pedasssss gilaaa..ahahaha
then saya tarok mayonaisse utk kurangkan pedas dan menambahkan rasa lemak..


Tadaaaaaa...


ni lah hasil dr teknik malas dan senang tapi sedapp.*okeh! prasan~ haahhahah...
so, nak makan.. gaul-gaul sampai sebati~ecehh..sebati bagai..
yummyy~ makan detik 12a.m! sOOoooo..guuud~ utk kegemukan!
Oh~ perut! sgt beruntung..hehehe

dah..dah merepek! see ya~




p/s : menyampah dgn sumbody mlm ni! grrrrr~
naseb perut dh kenyang..kalo tak memang kena perli direct ats muka!
* jgn heran ye! sbb saya mmg budak jahat! ade ku kesah?



OKEBAI!!