Monday, November 14, 2011

ini makan die...


assalamualaikum..


post arini berkisar tntang aura Sukan Sea 2011, Jakarta/Palembang
sejak keberangkatan Skuad Kanu negara, saya jadi tak senang duduk
sepatotnye tersenarai dlm skuad ttapi ats sbb2 yg tak dielakkan sy redha
tapi itu tak sedikit pun melemahkan dan menjatuhkan semangat saya utk terus menyokong sukan ini


sejak hari ptama keberangkatan mereka
wall di FB saya dan peminat/p'giat malah atlet2 kanu di M'sia
penuh dgn kata2 semangat dan doa utk mengiringi Skuad Kanu yg akan bertanding
sampaikan yg tak mesra sblom ini lebih mesra dan btambah rapat
inilah aura yg dpt kami cipta sepanjang berlangsungnya Sukan Sea
2011


13-11-11
acara terakhir bagi sukan kanu 200m (Men : K1 & K2) (Women : K1, K2 & K4)
Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah~
Skuad Kanu negara telah berjaya memecah kebuntuan pingat selama 14tahun dgn memenangi GANGSA acara Men K2 200m untuk Malaysia
Jutaan tahniah dan terima kasih utk atlet2/jurulatih dan pegawai yg telah bpenat lelah dan gigih demi mencapai kejayaan ini utk kami warga
Kanu Malaysia!
demi menaikkan kembali dan memartabatkan Sukan Kanu Malaysia
tetapi saya agak kecewa dgn tuan rumah, Indonesia kerana tidak mempertandingkan acara men K4 200m
yg mungkin akan mbuahkan pingat slain acara men K2 200


arini, usai membaca catatan " My trip SEAgames 2011:part 3" dr En.Md Amin
semangat ku berkobar2 utk muncul kembali dlm arena itu
sekiranya berpeluang utk memerah keringat utk Sukan Sea Myanmar 2013 nnti utk memartabatkan Sukan Kanu Malaysia
andai bukan rezeki ku lagi, saya sanggup mengeluarkan duet sendiri utk menyaksikan dan menyokong Skuad Kanu secara LIVE di Myanmar
saya, kak Diana, kak ina, kak nanie dan beberapa lg atlet yg laen
menyatakan keinginan yg sama utk bersama2 menyokong dan membuat liputan yg lebih cepat dan telus.. heheheh.. " agak berangan sket part ni " tp ini bukan angan2 biasa
ini angan2 yg mungkin akan jd kenyataan! kerana SEMANGAT utk Sukan Kanu


pada malam ini Skuad Kanu negara akan berangkat pulang pada 6p.m waktu Malaysia
tak sabar nak menunggu buah hati saya, kangen bangat seyh! hahahha
katanya ada membelikan souvenir, ntah apelah yg dibelikan pakcik to
saya ade request maskot SEAgames jugak, disebabkan terpengaruh dgn k.diana lah ni
k.diana request kt abg.mdnoh, saya pon mestilah request jugak kt buah hati saya
hahahha..ntah dpt or tak ntah..haiish~


last but not least.. Congrats to all canoe's contingent for this unforgettable memory of 2011!
SEAGAMES Myanmar 2013! wait for us~
we'll try to grab a GOLD medal for MALAYSIA..



p/s : part yg mlibatkan buah hati to abaikan..ahhahaha..
rindu lettewww~

p/s : saya makin bersemangat utk menaikkan Sukan Kanu Malaysia!!



Saturday, November 12, 2011

jgn pandang sebelah mata



assalamualaikum..


dah seminggu tak meng'update' blog ni
apakan daya, kesibukan yg melanda + kemalasan membantutkan segalanya
hari ni cukup 5 hari DIA ke Jakarta bersama skuad Sukan Sea
agak kecewa jugak la bila takde berita bila dah sampai disana
akhirnya terubat sket rase rindu bila DIA menghubungi


11-11-11 tarikh yg sgt cantek untuk sesuatu permulaan dan suatu perubahan
tarikh yang akan berlangsungnya acara dan sukan kanu merupakan acara pertama yang menawarkan pingat
pingat emas pertama untuk negara-negara yang menyertai kejohanan tersebut


tetapi apakan daya, kekuatan dan kemampuan atlet2 kita
masih belum setanding dgn kuasa besar Southeast Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Myanmar dan Filipina
ternyata mereka lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan ini
bagi kategori lelaki Thailand mengungguli kesemua acara (K1,K2,K4) 1000m
ternyata atlet2 Thailand mendominasi acara tersebut
jurulatih lelaki negara, Sham Husin dlm petikan Sinar Harian berkata

" atlet yg beraksi di Sukan Sea kali ini adalah pelapis yg beraksi buat pertama kalinya melainkan Mohd Noh & Hamdan yg menyertai pada 2007, di Korat. "


Men K2 1000m


" penyertaan di Indonesia ini sbg pendedahan awal kerana mensasarkan mereka utk beraksi di Sukan Sea Myanmar 2013 "


harini berlangsungnya acara 500m kategori wanita
namun seperti nasib atlet lelaki, atlet wanita juga tidak berjaya memenangi apa2 pingat utk Malaysia
bagi kategori wanita tiada dominasi oleh satu2 negara
bagi acara K1 emas menjadi
milik Singapura
acara K2 emas dimiliki oleh Vietnam
dan K4 emas menjadi milik tuan rumah, Indonesia


ternyata tuan rumah, Indonesia begitu licik mengatur langkah untuk menyekat kemampuan negara lain dgn tidak mempertandingkan acara 500m lelaki dan 1000m wanita
kelicikan tuan rumah juga terserlah dgn tidak mempertandingkan acara K4 200m lelaki
adakah kerana Indonesia tidak yakin dgn kemampuan atlet2 mereka?
inilah permainan licik yg dijana oleh tuan rumah untuk mengungguli tempat teratas Sukan Sea ke-26

13-11-11 tarikh akhir sukan kanu dipertandingkan
acara 200m lelaki (K1 & K2 shj) manakala wanita (K1, K2 & K4)
apakah esok atlet2 kita akan memecahkan dinding penghalang dgn menghadiahkan pingat kepada Malaysia?
sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka disana supaya sukan kanu tidak lagi dipandang sebelah mata. AMIN~




p/s : dah boleh minta keje dgn Astro/TV3 dah ni.. ahahhaha

p/s : sebenarnya terkilan dgn sesetengah wartawan yg mengolah tentang sukan kanu, oleh kerana tidak berjaya meraih sebarang pingat ulasan/tajuk yg ditulis sgt mengecilkan hati kami penggiat/atlet sukan kanu itu sendiri..


Sunday, November 6, 2011

kepadaMu..




assalamualaikum...



saat ni terasa macam aku mahu pergi dari dunia ni
pergi meninggalkan apa yg ada di dunia, aku letih hadapi kehidupan ini
aku tak mampu untuk bertahan lagi, hanya air mata yg menemani

aku tahu dugaan ini sebagai balasan dari Mu ya Allah
aku hamba Mu yg hina, yg lupa asal usulku, yg lupa pada Mu
yg selalu mengingkari larangan Mu, imanku senipis angin
yg tak tahan godaan hawa nafsu, yg tak mampu menepis bisikan2 yg menyesatkan


Ya ALLAH! sesungguhnya, aku memohon petunjuk dari Mu
memohon perlindungan dari MU, ku mohon Kau tebalkan imanku
Kau jadikanlah aku hamba Mu yg sentiasa mencintai dan mengingatiMu
ku mohon supaya diriku kuat untuk menepis godaan dan bisikan yg menyesatkan dan yg Kau murkai


ku mohon pada Mu, ya Allah!
aku mahu menjadi hamba Mu yg sentiasa diredhai oleh Mu
sesungguhnya Kau maha mengetahui, maha penyayang dan maha Kuasa
Kau jauhkanlah aku dari perkara2 yg Kau murkai
jika dugaan yg Kau berikan kepada ku sebagai penghapus dosaku
aku redha ya Allah.

Ya Allah! aku mohon, kau lindungilah hubunganku dan 'dia' dari bisikan dan godaan yg boleh menyesatkan dan dari Kau murkai
sesungguhnya aku memohon supaya hubungan ku dan 'dia' dgn keredhaan Mu , ya Allah!
kukuhkanlah hubungan kami dijalan yg Kau redhai
Kau bukalah pintu hati kami utk bertemu di pintu kebahagiaan yg suci
bukan sekadar hubungan yg hanya dibibir dan dimata tapi biarlah dihati sebagai tiang yg mendirikan rumah Mu
ku tak mahu lagi berada di dalam kehidupan yg penuh dgn dosa
sesungguhnya ya Allah! aku memohon supaya Kau jadikanlah hamba Mu ini seorang yg berada lurus di garisan yg tetapkan olehMu


ku mengharapkan petunjuk dan hidayah dariMu...