Saturday, November 12, 2011

jgn pandang sebelah mata



assalamualaikum..


dah seminggu tak meng'update' blog ni
apakan daya, kesibukan yg melanda + kemalasan membantutkan segalanya
hari ni cukup 5 hari DIA ke Jakarta bersama skuad Sukan Sea
agak kecewa jugak la bila takde berita bila dah sampai disana
akhirnya terubat sket rase rindu bila DIA menghubungi


11-11-11 tarikh yg sgt cantek untuk sesuatu permulaan dan suatu perubahan
tarikh yang akan berlangsungnya acara dan sukan kanu merupakan acara pertama yang menawarkan pingat
pingat emas pertama untuk negara-negara yang menyertai kejohanan tersebut


tetapi apakan daya, kekuatan dan kemampuan atlet2 kita
masih belum setanding dgn kuasa besar Southeast Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Myanmar dan Filipina
ternyata mereka lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan ini
bagi kategori lelaki Thailand mengungguli kesemua acara (K1,K2,K4) 1000m
ternyata atlet2 Thailand mendominasi acara tersebut
jurulatih lelaki negara, Sham Husin dlm petikan Sinar Harian berkata

" atlet yg beraksi di Sukan Sea kali ini adalah pelapis yg beraksi buat pertama kalinya melainkan Mohd Noh & Hamdan yg menyertai pada 2007, di Korat. "


Men K2 1000m


" penyertaan di Indonesia ini sbg pendedahan awal kerana mensasarkan mereka utk beraksi di Sukan Sea Myanmar 2013 "


harini berlangsungnya acara 500m kategori wanita
namun seperti nasib atlet lelaki, atlet wanita juga tidak berjaya memenangi apa2 pingat utk Malaysia
bagi kategori wanita tiada dominasi oleh satu2 negara
bagi acara K1 emas menjadi
milik Singapura
acara K2 emas dimiliki oleh Vietnam
dan K4 emas menjadi milik tuan rumah, Indonesia


ternyata tuan rumah, Indonesia begitu licik mengatur langkah untuk menyekat kemampuan negara lain dgn tidak mempertandingkan acara 500m lelaki dan 1000m wanita
kelicikan tuan rumah juga terserlah dgn tidak mempertandingkan acara K4 200m lelaki
adakah kerana Indonesia tidak yakin dgn kemampuan atlet2 mereka?
inilah permainan licik yg dijana oleh tuan rumah untuk mengungguli tempat teratas Sukan Sea ke-26

13-11-11 tarikh akhir sukan kanu dipertandingkan
acara 200m lelaki (K1 & K2 shj) manakala wanita (K1, K2 & K4)
apakah esok atlet2 kita akan memecahkan dinding penghalang dgn menghadiahkan pingat kepada Malaysia?
sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka disana supaya sukan kanu tidak lagi dipandang sebelah mata. AMIN~




p/s : dah boleh minta keje dgn Astro/TV3 dah ni.. ahahhaha

p/s : sebenarnya terkilan dgn sesetengah wartawan yg mengolah tentang sukan kanu, oleh kerana tidak berjaya meraih sebarang pingat ulasan/tajuk yg ditulis sgt mengecilkan hati kami penggiat/atlet sukan kanu itu sendiri..


No comments:

Post a Comment