Wednesday, October 5, 2011

saat itu




bilakah semua akan berakhir
bilakah kita akan bersama menuai cinta
bilakah hari-hari indah akan menjelma
bilakah kita akan berkongsi rasa

aku penat menabur baja kasih sayang sendirian
aku penat menggembur tanah rindu keseorangan
aku penat meracuni perosak cinta sendirian malah keseorangan

apakah ertinya kasih sayang tanpa balasan
apakah maksudnya rindu tanpa dirindui
apakah maknanya cinta andai tidak dicintai

disaat kau jatuh dan bangun aku bersama
disaat kau menangis serta ketawa aku disisi
disaat kau sakit dan sihat aku merasai

sampai bila mahu biarkan aku begini
ku mahu tahu isi hatimu
adakah diriku didalam dirimu
adakah wajahku didalam fikiranmu
adakah cintaku didalam hatimu

cintakah kau pada diriku
sayangkah kau pada diriku
rindukah kau pada diriku

aku mahukan cintamu tanpa sempadan
aku mahu rindumu sentiasa berteman
aku mahukan kasih sayangmu wahai kasihku

tunjukkanlah rasa apa yg kau rasa
persembahkan perasaanmu untuk ku tahu
jangan biarkan diriku tertanya-tanya
apakah nilainya diriku dalam hatimu




p/s : i MISS you, really really MISS you. ='(
i don't texting because i'm waiting for you to text me

i don't calling you because i'm waiting you to call me

even i don't make a missed call because i'm waiting you to MISS me..

1 comment: